Saturday, 8 October 2011

Selamat Datang ke Bandaraya Kuching

Bandaraya Kuching adalah ibu Negeri Sarawak. Mengambil masa kira-kira 25 minit menaiki teksi bajet daripada Lapangan terbang Kuching.Bandar Kuching yang memang sudah terkenal dengan keramahan penduduknya dan kebersihaan bandarnya menarik ramai pengunjung untuk datang ke sini.
Antara tempat-tempat yang menarik adalah seperti Kuching Waterfront. Muzium Sarawak, Muzium Kuching yang menceritakan serba sedikit tentang sejarah Bandar Kuching, Muzium Sejarah China,India Street, lawatan ke Ladang Buaya, Pusat Pemulihaan Orang Utan Sarawak dan banyak lagi yang sudah semestinya menghiburkan pengunjung.


















Pasar Serikin (Pasar Sempadan Malaysia dan Indonesia)

Pasar Serikin adalah sebuah pasar yang sering dikunjungi oleh penduduk tempatan sendiri maupun dari luar. Pasar ini menjual pelbagai barangan daripada Indonesia seperti barangan kraftangan, barangan pakaian seperti kain batik, langsir, seluar jean , barangan kering seperti ikan bilis, udang kering, sayur-sayuran, telekong, beg kulit dan banyak lagi.

Pasar ini dibuka pada setiap hari Sabtu dari awal pagi sehingga hari Ahad 1:00 petang. Jarak perjalanan dari bandar Kuching untuk ke pasar ini mengambil masa kira-kira 55 minit. Perjalanan tidaklah membosankan kerana sepanjang perjalanan kita akan melewati beberapa buah kampung suku kaum Bidayauh salah satu daripada suku kaum bumiputera yang terdapat di Sarawak.Kepada yang telah datang ke sini sudah pastinya mempunyai rancangan untuk datang untuk kali yang seterusnya.Kesimpulannya jika anda berkunjung ke Bandar Kuching pastikan anda merancang perjalanan anda dengan betul agar tidak ketinggalan untuk singgah ke pasar Serikin yang terkenal dengan tikar Sarawaknya.



Suasana di Pasar Serikin pada setiap hujung minggu






Barangan Pakaian







SEMENGGOH WILDLIFE CENTRE

Semenggoh Wildlife Centre

Semenggoh Wildlife Centre ataupun Pusat Hidupan Liar Semenggoh adalah merupakan pusat pemuliharaan orang utan yang hanya terdapat di Sarawak. Tujuan utama Pusat Hidupan ini adalah untuk memulihara dan mengembalikan orang utan ke habitat asal dengan kata lain untuk mendidik orang utan berdikari sendiri tanpa bergantung harap makanan dari orang. Pusat ini dibuka setiap hari.




MATANG WILDLIFE CENTRE (PUSAT HIDUPAN LIAR MATANG)

Matang Wildlife Centre di buka setiap hari dari jam 9:00 pagi sehingga 5:00 petang. Pusat hidupan ini terletak berhampiran dengan Kubah National Park (Taman Negara Kubah) dan Politeknik Kuching. Ianya merupakan Pusat Penjagaan bagi Orang Utan. Terdapat juga beberapa jenis monyet, buaya, termasuk burung enggang dan burung kenyalang yang mana spesis burung ini hampir pupus. Pengunjung juga boleh melihat dengan lebih dekat beberapa jenis tumbuhan seperti rotan, pokok pandan hutan, jenis-jenis akar dan sebagainya di sini. Setelah penat berjalan pengunjung bolehlah bermandi di sebatang sungai yang airnya sejuk dan menyegarkan. Jadi berkunjunglah ke Matang Wildlife Centre dan alamilah sendiri keindahan hutan semulajadi.


Pintu Masuk



Beberapa ekor binatang yang boleh dilihat






Antara jenis-jenis tumbuhan yang terdapat di sini




Pasu Sarawak (Sarawak Pottery)

Kepada yang mengemari hiasan dalamam rumah mahupun pejabat atau sebagai hadiah untuk kawan atau keluarga bolehlah berkunjung ke kilang Pasu Sarawak. Pengunjung akan mendapat melihat dengan lebih dekat lagi cara-cara pasu Sarawak di buat dari mula sehinggalah pasu-pasu tersebut diukir dengan pelbagai corak menarik seperti corak burung kenyalang, rumah panjang Sarawak dan lukisan wajah etnik suku kaum di Sarawak.


Beberapa contoh Pasu Sarawak