Friday, 2 December 2011

PERKHIDMATAN KAMI

Kami menyediakan perkhidmatan teksi, van persiaran dan bas persiaran bagi pengunjung yang berkunjung ke Bandaraya Kuching samaada bersendirian, bersama keluarga ataupun secara berkumpulan dengan menawarkan harga yang berpatutan. Kami mengadakan lawatan secara pekej yang dipersetujui oleh anda. Berkunjunglah ke Bandaraya Kuching yang menyajikan tempat menarik seperti bangunan peninggalan British dengan keramahan penduduknya serta mempunyai berbilang etnik, budaya, bangsa dan agama.

Mesra, Cepat dan Amanah prinsip kami.


Sebarang pertanyaan silalah menghubungi saya di 017 2220068 / 019 8361541
atau e-mail: lanhq1768@gmail.com

Saturday, 8 October 2011

Selamat Datang ke Bandaraya Kuching

Bandaraya Kuching adalah ibu Negeri Sarawak. Mengambil masa kira-kira 25 minit menaiki teksi bajet daripada Lapangan terbang Kuching.Bandar Kuching yang memang sudah terkenal dengan keramahan penduduknya dan kebersihaan bandarnya menarik ramai pengunjung untuk datang ke sini.
Antara tempat-tempat yang menarik adalah seperti Kuching Waterfront. Muzium Sarawak, Muzium Kuching yang menceritakan serba sedikit tentang sejarah Bandar Kuching, Muzium Sejarah China,India Street, lawatan ke Ladang Buaya, Pusat Pemulihaan Orang Utan Sarawak dan banyak lagi yang sudah semestinya menghiburkan pengunjung.


















Pasar Serikin (Pasar Sempadan Malaysia dan Indonesia)

Pasar Serikin adalah sebuah pasar yang sering dikunjungi oleh penduduk tempatan sendiri maupun dari luar. Pasar ini menjual pelbagai barangan daripada Indonesia seperti barangan kraftangan, barangan pakaian seperti kain batik, langsir, seluar jean , barangan kering seperti ikan bilis, udang kering, sayur-sayuran, telekong, beg kulit dan banyak lagi.

Pasar ini dibuka pada setiap hari Sabtu dari awal pagi sehingga hari Ahad 1:00 petang. Jarak perjalanan dari bandar Kuching untuk ke pasar ini mengambil masa kira-kira 55 minit. Perjalanan tidaklah membosankan kerana sepanjang perjalanan kita akan melewati beberapa buah kampung suku kaum Bidayauh salah satu daripada suku kaum bumiputera yang terdapat di Sarawak.Kepada yang telah datang ke sini sudah pastinya mempunyai rancangan untuk datang untuk kali yang seterusnya.Kesimpulannya jika anda berkunjung ke Bandar Kuching pastikan anda merancang perjalanan anda dengan betul agar tidak ketinggalan untuk singgah ke pasar Serikin yang terkenal dengan tikar Sarawaknya.



Suasana di Pasar Serikin pada setiap hujung minggu






Barangan Pakaian







SEMENGGOH WILDLIFE CENTRE

Semenggoh Wildlife Centre

Semenggoh Wildlife Centre ataupun Pusat Hidupan Liar Semenggoh adalah merupakan pusat pemuliharaan orang utan yang hanya terdapat di Sarawak. Tujuan utama Pusat Hidupan ini adalah untuk memulihara dan mengembalikan orang utan ke habitat asal dengan kata lain untuk mendidik orang utan berdikari sendiri tanpa bergantung harap makanan dari orang. Pusat ini dibuka setiap hari.




MATANG WILDLIFE CENTRE (PUSAT HIDUPAN LIAR MATANG)

Matang Wildlife Centre di buka setiap hari dari jam 9:00 pagi sehingga 5:00 petang. Pusat hidupan ini terletak berhampiran dengan Kubah National Park (Taman Negara Kubah) dan Politeknik Kuching. Ianya merupakan Pusat Penjagaan bagi Orang Utan. Terdapat juga beberapa jenis monyet, buaya, termasuk burung enggang dan burung kenyalang yang mana spesis burung ini hampir pupus. Pengunjung juga boleh melihat dengan lebih dekat beberapa jenis tumbuhan seperti rotan, pokok pandan hutan, jenis-jenis akar dan sebagainya di sini. Setelah penat berjalan pengunjung bolehlah bermandi di sebatang sungai yang airnya sejuk dan menyegarkan. Jadi berkunjunglah ke Matang Wildlife Centre dan alamilah sendiri keindahan hutan semulajadi.


Pintu Masuk



Beberapa ekor binatang yang boleh dilihat






Antara jenis-jenis tumbuhan yang terdapat di sini




Pasu Sarawak (Sarawak Pottery)

Kepada yang mengemari hiasan dalamam rumah mahupun pejabat atau sebagai hadiah untuk kawan atau keluarga bolehlah berkunjung ke kilang Pasu Sarawak. Pengunjung akan mendapat melihat dengan lebih dekat lagi cara-cara pasu Sarawak di buat dari mula sehinggalah pasu-pasu tersebut diukir dengan pelbagai corak menarik seperti corak burung kenyalang, rumah panjang Sarawak dan lukisan wajah etnik suku kaum di Sarawak.


Beberapa contoh Pasu Sarawak

Monday, 18 April 2011

Jong Crocodile Farm and Mini Zoo

Tarikan utama tempat ini adalah menempatkan pelbagai jenis buaya dan hidupan liar yang lain.

Paparan kisah lagenda buaya yang terkenal


Jumping Crocodile



IGUANA



ARAPAIMA GAIGAS

Pekan Lundu, Sematan

- kira-kira 72km dari pusat bandar.
- perjalanan selama 1jam 45 minit dengan teksi
- antara tempat-tempat menarik untuk dikunjungi adalah :-
Taman Negara Gunung Gading - Bunga Rafflesia
- terdapat beberapa buah pantai peranginan - Siar Beach, Pandan Beach
- pengunjung boleh bermalam di Pandan Beach Resort, Siar Beach
Resort,Retreat Resort, dsbnya
- pemandangan yang indah di waktu matahari terbenam...

Bunga Rafflesia

Salah satu air terjun di Taman Negara Gunung Gading

Sunday, 10 April 2011

Taman Negara Bako - kehidupan alam semulajadi yang mengagumkan

-          Salah satu tarikan pengunjung ke bandaraya Kuching
-          Perjalanan dari bandaraya Kuching selama 35 minit dengan menaiki teksi ke jeti
-          Perjalanan diteruskan dengan menaiki bot laju selama 25 minit ke Taman Negara Bako
-          Saksikan dan alamilah kehidupan alam semulajadi yang masih terpelihara


Sarawak Culture Village (Kampung Budaya Sarawak)

Sarawak Culture Village ataupun Kampung Budaya Sarawak terletak kira-kira 35 kilometer dari Bandar Kuching. Mengambil masa kira-kira 40 minit perjalanan menggunakan teksi dari Bandar. Ianya juga dikenali sebagai Muzium Hidup. Terdapat tujuh buah rumah tradisional yang mewakili suku kaum di Sarawak dipamerkan di sini. Perkampungan ini dibuka setiap hari kepada pengunjung dari pukul 9:00 pagi dan di tutup pada pukul 4:50 petang. Selain daripada itu turut dipersembahkan beberapa tarian tradisional suku kaum di Sarawak. Persembahaan pada waktu pagi adalah pada pukul 11:30pagi manakala persembahan pada waktu petang pada pukul 4:15petang. Setiap pengunjung dikenakan bayaran sebanyak RM60.00 bagi orang dewasa manakala RM30.00 untuk kanak-kanak. Lawatan ke sini merupakan seolah-olah anda telah melawat ke seluruh negeri Sarawak untuk melihat budaya, tarian, kerjaya dan sebagainya kaum-kaum di Sarawak.


SATU KEMESTIAN UNTUK DILAWATI JIKA BERKUNJUNG KE KUCHING....

PINTU MASUK KE KAMPUNG BUDAYA

RUMAH KAUM MELANAU



RUMAH KAUM BIDAYUH



Antara persembahan di Kampung budaya









Taman Sahabat / Friendship Garden






Taman Kereta (Top Spot)

Terkenal dengan makanan laut (Seafood Restaurant)